Thursday 24 April 2014

Mari Belajar Part II (Umpan Sotong Hidup)

Sekadar berkongsi ilmu-ilmu yang dicedok dari site2 yang berkaitan dan berdasarkan pengalaman semasa trip memancing. Kali ni, Mari Belajar part ii pulak.. cara2 cara memasang umpan sotong hidup. Kebanyakan ikan2 suka menjamu selera dengan umpan hidup, sotong, udang, anak ikan belanak contohnya…
Jom kita tengok gambarajah dulu
ok.. ada pemancing hanya memasang satu mata kail pada ekor sotong, ada juga yang lebih gemar memasang 2 mata kail pada pada badan sotong seperti yang tertera pada gambarajah di atas. Dengan menggunakan 1 mata kail pada ekor sotong, ia memungkinkan sotong hidup dengan lebih lama berbanding dengan 2 mata kail yang dipasang. Tapi harus diingat, berdasarkan pengalaman, kebanyakkan ikan akan `ngap` pada bahagian kepala sotong dahulu terutamanya ikan2 yang bersaiz kecil.
Kebarangkalian menaikkan ikan adalah lebih tinggi sekiranya pemancing menggunakan 2 mata kail namun penggunaan 2 mata kail akan menyebabkan sotong cepat mati sekaligus mengurangkan selera ikan2 untuk menyambar umpan tersebut.
Beberapa faktor penting yang harus diambilkira semasa memasang umpan sotong hidup… antaranya:
a. Mata kail 
Pemilihan mata kail amat penting, saiz mata kail harus lah bersesuaian dengan saiz umpan sotong hidup tersebut. Terlalu besar dan berat akan menyebabkan sotong cepat mati. Mata kail yang diperbuat dari `alloy` atau carbon steel sangat sesuai kerana kuat dan ringan. 
b. Kaedah Memasang
Elakkan mata kail terkena pada tulang atau bahagian dalam perut sotong, kerana berbuat demikian akan membunuh sotong tersebut. Oleh kerana badan sotong itu agak lembut dan licin ( disebabkan oleh lendir), proses mencangkuk mata kail pada badan sotong menjadi agak sukar. Namun begitu, cara memegang sotong jugak haruslah lembut dan perlahan lahan. sekiranya dilakukan secara kasar.. umpan sotong anda akan mati sebelum dicampakkan ke dalam air.
c. Tali Perambut (Leader line)
Pemilihan leader yang halus dan kuat juga memainkan peranan penting bagi memudah sotong mundar mandir secara semulajadi di dalam air nanti. Panjang leader juga memainkan peranan supaya sotong dapat bergerak bebas. Saya lebih suka menggunakan leader sepanjang 1 depa  (bergantung kepada keadaan dasar semasa itu) ketika menggunakan umpan hidup.
d. Batu Ladung
Pemilihan saiz batu ladung adalah cukup penting bergantung kepada kederasan air pada waktu itu. Sebaik baiknya kedudukan tali pada kecondongan 30 – 45 darjah ke dalam air.  Sekiranya lebih dari kecondongan tersebut akan menyebabkan umpan akan tergantung pada bahagian atas permukaan air. Sekiranya ketika air tenang (air mati), eloklah umpan dilepaskan tanpa menggunakan batu ladung. Umpan akan berenang kesana kemari bagi menarik perhatian ikan.

Cara2 penggunaan disini lebih kepada pengalaman saya ketika memancing, sekiranya pembaca mempunyai cara2 yang lebih efektif, sukacitanya saya menjemput anda meninggalkan cadangan anda pada ruangan comment. Pandangan dan nasihat anda semua akan diambil kira bagi memajukan industri memancing kita..

akan bersambung untuk bab2 yang lain.. insyaallah

sekian

Mari Belajar






Mengenali Spesis Ikan Yang Ada di Perairan Laut Malaysia


Gambar kecik eh… sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar..
Kenali jenis-jenis ikan yang ada di perairan Malaysia.

Memancing pun ada peraturannya....

Jumpa lagi kita.. 

Sebagai peminat sukan memancing, tentu seronok bila keluar pergi memancing, tak kira la kat mana sekalipun, hatta di sungai, tasik, lombong, tepi pantai, mahupun aktiviti memancing laut dalam. Ada peraturan dan adab-adab yang harus diikuti demi menjaga keharmonian sukan ini. Menjadi kebiasaan sekiranya mahu keluar memancing dilokasi yang berdekatan dengan tanah besar, selain dari kelengkapan alat pancing.. beberapa persiapan akan dilakukan oleh pemancing seperti keperluan makanan, ais, umpan dan sebagainya.

Kalau bab makan minum, selalunya mee segera, roti putih, biskut, air kotak dan beberapa botol air mineral. Bagi trip laut dalam yang memakan masa 2-3 hari pula mungkin bekalan makanan lebih banyak seperti beras, sayur, bawang, minyak masak dan sebagainya. Masak dan makan kat tengah2 laut.. perrghh… lazat derr…

 Namun begitu disamping keseronokan memancing, beberapa etika atau peraturan atau juga cadangan yang boleh / harus diikuti, seperti:-

1. Membawa balik ikan yang diperlukan sahaja.

2. Jangan membuang sampah merata-rata.

3. Tingkatkan ilmu memancing dan pengendalian bot.

 4. Mematuhi peraturan memancing dan pengendalian bot.

5. Hormati hak pemancing lain. 6. Hormatilah peraturan padang pancing persendirian.

7. Sebarkan pengetahuan.

8. Menyokong pemeliharaan alam sekitar tempatan.

9. Jangan melepaskan ikan dan tumbuhan ke perairan awam.

10. Membangunkan sukan memancing.

 Bukannya apa, sekira semua pemancing mengikuti saranan di atas, insyaallah kita dapat memastikan sukan memancing akan berterusan maju dan berdaya saing.

Cuba perhatikan, kebanyakan pemancing sekarang dah mula mencari lokasi atau lubuk baru samada di tengah hutan belantara atau juga nun jauh ke tengah lautan. Sebabnya mungkin populasi ikan ikan yang di tepi pantai sudah mula berkurangan dek kerana pencemaran atau juga terdapat segelintir para nelayan melabuhkan pukat di kawasan terumbu karang yang juga menjadi lokasi pancingan. Jadi, tidak ada salahnya kalau kita menjaga etika atau peraturan ketika memancing. Ikan banyak, kita pun happy kan….

Friday 11 April 2014

Barracuda`s Strike







               Here the few photos taken during fishing trip with the older boat...


                                              Bunch of fishes  on the previous trip.




               This 9kg barracuda`s photo taken during fishing trip (trolling method).




                                                                   4kg of fish 



                                                       Another 4kg Trevally family


                                     Panorama sunset view in Langkawi Island.



HAVE FUN... LOT OF PHOTOS AND VIDEOS COMING SOON...

Boat Testing



Specs bot

Boat`s Size  26 x 6 1/2 ft
Enjin Outboard Yamaha Endouro 85hp
Roofted
Live Bait Tank
Generator and squid lamp
Fishfinder
Seat for passanger
Life jacket provided
Maximum 5 + 1 boatmen (Tekong)




Boat rental starts from RM500/ 6 hrs ( depend in the fishing areas location), boatmen included.

Live prawn included.

For further detail

call = +601127316513 or email  langkawifunfishing@yahoo.com.my