Thursday, 24 April 2014

Memancing pun ada peraturannya....

Jumpa lagi kita.. 

Sebagai peminat sukan memancing, tentu seronok bila keluar pergi memancing, tak kira la kat mana sekalipun, hatta di sungai, tasik, lombong, tepi pantai, mahupun aktiviti memancing laut dalam. Ada peraturan dan adab-adab yang harus diikuti demi menjaga keharmonian sukan ini. Menjadi kebiasaan sekiranya mahu keluar memancing dilokasi yang berdekatan dengan tanah besar, selain dari kelengkapan alat pancing.. beberapa persiapan akan dilakukan oleh pemancing seperti keperluan makanan, ais, umpan dan sebagainya.

Kalau bab makan minum, selalunya mee segera, roti putih, biskut, air kotak dan beberapa botol air mineral. Bagi trip laut dalam yang memakan masa 2-3 hari pula mungkin bekalan makanan lebih banyak seperti beras, sayur, bawang, minyak masak dan sebagainya. Masak dan makan kat tengah2 laut.. perrghh… lazat derr…

 Namun begitu disamping keseronokan memancing, beberapa etika atau peraturan atau juga cadangan yang boleh / harus diikuti, seperti:-

1. Membawa balik ikan yang diperlukan sahaja.

2. Jangan membuang sampah merata-rata.

3. Tingkatkan ilmu memancing dan pengendalian bot.

 4. Mematuhi peraturan memancing dan pengendalian bot.

5. Hormati hak pemancing lain. 6. Hormatilah peraturan padang pancing persendirian.

7. Sebarkan pengetahuan.

8. Menyokong pemeliharaan alam sekitar tempatan.

9. Jangan melepaskan ikan dan tumbuhan ke perairan awam.

10. Membangunkan sukan memancing.

 Bukannya apa, sekira semua pemancing mengikuti saranan di atas, insyaallah kita dapat memastikan sukan memancing akan berterusan maju dan berdaya saing.

Cuba perhatikan, kebanyakan pemancing sekarang dah mula mencari lokasi atau lubuk baru samada di tengah hutan belantara atau juga nun jauh ke tengah lautan. Sebabnya mungkin populasi ikan ikan yang di tepi pantai sudah mula berkurangan dek kerana pencemaran atau juga terdapat segelintir para nelayan melabuhkan pukat di kawasan terumbu karang yang juga menjadi lokasi pancingan. Jadi, tidak ada salahnya kalau kita menjaga etika atau peraturan ketika memancing. Ikan banyak, kita pun happy kan….

No comments:

Post a Comment