Sekadar berkongsi ilmu-ilmu yang dicedok dari site2 yang berkaitan dan berdasarkan pengalaman semasa trip memancing. Kali ni, Mari Belajar part ii pulak.. cara2 cara memasang umpan sotong hidup. Kebanyakan ikan2 suka menjamu selera dengan umpan hidup, sotong, udang, anak ikan belanak contohnya…
Jom kita tengok gambarajah dulu
ok.. ada pemancing hanya memasang satu mata kail pada ekor sotong, ada juga yang lebih gemar memasang 2 mata kail pada pada badan sotong seperti yang tertera pada gambarajah di atas. Dengan menggunakan 1 mata kail pada ekor sotong, ia memungkinkan sotong hidup dengan lebih lama berbanding dengan 2 mata kail yang dipasang. Tapi harus diingat, berdasarkan pengalaman, kebanyakkan ikan akan `ngap` pada bahagian kepala sotong dahulu terutamanya ikan2 yang bersaiz kecil.
Kebarangkalian menaikkan ikan adalah lebih tinggi sekiranya pemancing menggunakan 2 mata kail namun penggunaan 2 mata kail akan menyebabkan sotong cepat mati sekaligus mengurangkan selera ikan2 untuk menyambar umpan tersebut.
Beberapa faktor penting yang harus diambilkira semasa memasang umpan sotong hidup… antaranya:
a. Mata kail
Pemilihan mata kail amat penting, saiz mata kail harus lah bersesuaian dengan saiz umpan sotong hidup tersebut. Terlalu besar dan berat akan menyebabkan sotong cepat mati. Mata kail yang diperbuat dari `alloy` atau carbon steel sangat sesuai kerana kuat dan ringan.
Pemilihan mata kail amat penting, saiz mata kail harus lah bersesuaian dengan saiz umpan sotong hidup tersebut. Terlalu besar dan berat akan menyebabkan sotong cepat mati. Mata kail yang diperbuat dari `alloy` atau carbon steel sangat sesuai kerana kuat dan ringan.
b. Kaedah Memasang
Elakkan mata kail terkena pada tulang atau bahagian dalam perut sotong, kerana berbuat demikian akan membunuh sotong tersebut. Oleh kerana badan sotong itu agak lembut dan licin ( disebabkan oleh lendir), proses mencangkuk mata kail pada badan sotong menjadi agak sukar. Namun begitu, cara memegang sotong jugak haruslah lembut dan perlahan lahan. sekiranya dilakukan secara kasar.. umpan sotong anda akan mati sebelum dicampakkan ke dalam air.
c. Tali Perambut (Leader line)
Pemilihan leader yang halus dan kuat juga memainkan peranan penting bagi memudah sotong mundar mandir secara semulajadi di dalam air nanti. Panjang leader juga memainkan peranan supaya sotong dapat bergerak bebas. Saya lebih suka menggunakan leader sepanjang 1 depa (bergantung kepada keadaan dasar semasa itu) ketika menggunakan umpan hidup.
d. Batu Ladung
Pemilihan saiz batu ladung adalah cukup penting bergantung kepada kederasan air pada waktu itu. Sebaik baiknya kedudukan tali pada kecondongan 30 – 45 darjah ke dalam air. Sekiranya lebih dari kecondongan tersebut akan menyebabkan umpan akan tergantung pada bahagian atas permukaan air. Sekiranya ketika air tenang (air mati), eloklah umpan dilepaskan tanpa menggunakan batu ladung. Umpan akan berenang kesana kemari bagi menarik perhatian ikan.
Cara2 penggunaan disini lebih kepada pengalaman saya ketika memancing, sekiranya pembaca mempunyai cara2 yang lebih efektif, sukacitanya saya menjemput anda meninggalkan cadangan anda pada ruangan comment. Pandangan dan nasihat anda semua akan diambil kira bagi memajukan industri memancing kita..
akan bersambung untuk bab2 yang lain.. insyaallah
sekian
No comments:
Post a Comment